Inovasi UiTM Dilestarikan pada ITEX 2017 new

Salah satu pameran terbesar ciptaan di dunia – ITEX’17 (28th International Invention & Innovation Exhibition) 11-13 Mei 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur, Malaysia, adalah sebuah platform bagi invention terbaik di rantau ini meliputi dari Asia dan Eropah. Lebih daripada 20 negara telah mengambil bahagian dalam pameran pada tahun ini.

Acara yang berlangsung selama tiga hari pada 11 hingga 13 Mei 2017 ini juga, merupakan pameran tahunan yang mempunyai 23 kategori ciptaan berkaitan dengan inovasi atau teknologi yang bertujuan untuk menjadikan kehidupan lebih baik di serata dunia. Salah satu ciri yang paling menonjol di ITEX’17 adalah Invention dan Pertandingan reka bentuk tempatan dan Anugerah antarabangsa telah diberikan kepada pereka cipta berjaya.

Lebih 1000 ciptaan oleh inventor atau pereka bentuk tempatan juga antarabangsa, saintis penyelidikan, institusi penyelidikan, pencipta individu, pencipta muda, pencipta cilik dan syarikat dipamerkan. Semua peserta telah melakukan yang terbaik bagi merebut perhatian pelabur dan pengkomersialkan hasil ciptaan mereka melalui padanan perniagaan.

Pada tahun ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menghantar 36 produk invention & innovation untuk memasuki pameran dan pertandingan. Sebanyak 20 produk ditaja oleh pihak Institute of Research Management & Innovation (IRMI), 2 produk ditaja oleh pihak Accointing Research Institute (ARI), 4 produk dari pihak Infrastructure Engineering and Sustainability Management (IIESM) dan 9 produk dari Institute of Pathology, Laboratory & Forensic Medicine (I-PperForm) manakala penyertaan individu dari Fakulti Sains Gunaan (AS) 1 produk penyertaan.

Hasil dari penghakiman ITEX’17,secara keseluruhannya UiTM telah memenangi 1 Anugerah Khas, 17 Emas, dan 19 Perak. Produk yang telah mendapat Anugerah Khas adalah: International Trade Fair Ideas Inventions New Products (iNEA 2017 Award) kepada Dr. Muhammad Hussain Bin Ismail dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (EM), produk yang bertajuk “Porous NiTi Dental Implant by An Innovative Powder Metallurgy Route”.

Kontijen dari UiTM ini telah diuruskan oleh pihak Research Innovation Business Unit (RIBU).

Anugerah dan penghargaan yang berprestij ini telah disampaikan oleh Emeritus Professor Tan Sri Datuk Dr. Augustine Ong Soon Hok, Presiden Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dan YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kepada produk invention dan innovation yang berjaya semasa jamuan makan Malam Budaya Cipta (Celebration of Creativity Banquet) bertempat di Tingkat 3, Grand Ballroom KLCC, Kuala Lumpur.

update  Klik disini : Keputusan penuh ITEX 2017