KURSUS PATENT NOVELTY SEARCH SIRI II  - 23 FEBRUARI 2016   newgifupdate

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Research Innovation Business Unit (RIBU), Institut Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (IRMI) akan menganjurkan kursus Patent Novelty Search Siri II.

Tujuan penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih optimum kepada penyelidik UiTM berkenaan kaedah Patent Novelty Search sekaligus membawa kepada penghasilan harta intelek yang berkualiti tinggi dan mempunyai nilai kebolehpasaran seterusnya membawa kepada agenda pengkomersilan.

Butiran penganjuran adalah seperti yang berikut:

Tarikh : 23 Februari 2016 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 05.00 petang
Tempat : Pusat IT,
Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 (PTAR 1)
UiTM Shah Alam

Disertakan tentatif kursus (Lampiran A). Untuk makluman, bilangan penyertaan adalah mengikut terma first come first serve basis

Oleh yang demikian, disertakan borang maklum balas penyertaan (Lampiran B) dan perlu diserahkan kepada sekretariat sebelum atau pada 19 Februari 2016 (Jumaat). Sebarang kos perjalanan tidak ditanggung oleh pihak penganjur. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Harta Intelek RIBU di talian 03-5544 2748 (En. Azizi) / 03-5543 7976 (Cik Arina) atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Lampiran A: Tentatif Program

Lampiran B: Borang Maklum Balas Penyertaan

 PosterBlast 01

 

PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) @ UiTM